Fakta-fakta Perang Perang_China-Jepun_Kedua

Di negara China, Perang China-Jepun Kedua dikenali sebagai Perang Menentang Jepun (Cina Tradisional: 抗日戰爭, Cina Ringkas: 抗日战争, pinyin: Kàng Rì Zhànzhēng), atau Perang Penentangan 8 tahun (八年抗戰), atau lebih ringkas lagi, Perang Penentangan (抗戰).

Di Jepun, perang itu dinamai Perang Jepun-China (日中戦争, Nicchū Sensō) untuk memberikan nada berkecuali. Ketika perang bermula pada Julai 1937 dekat Beijing, kerajaan Jepun menggunakan nama Peristiwa China Utara (北支事変, Hokushi Jihen) tetapi dengan meletusnya perang, mereka menggunakan nama Peristiwa China (支那事変, Shina Jihen).

Perkataan peristiwa (事変, jihen) digunakan oleh Jepun kerana kedua-dua pihak belum mengisytiharkan perang antara satu sama lain. Jepun ingin mengelakkan campur tangan negara barat seperti Britain dan terutamanya Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport utama besi kepada Jepun. Presiden Roosevelt akan mengenakan sekatan disebabkan Akta Keberkecualian jika ia adalah perang. Dalam propaganda Diraja, pencerobohan China merupakan 'jihad' (seisen), langkah pertama untuk hakko ichi'u (lapan sudut di bawah satu bumbung). Pada tahun 1940, Perdana Menteri Konoe melancarkan Liga anggota Diet yang mempercayai matlamat Jihad. Apabila kedua-dua kerajaan China dan Jepun mengisytiharkan perang pada Disember 1941, nama peperangan digantikan dengan Perang Asia Timur Raya (大東亜戦争, Daitōa Sensō).

Walaupun kerajaan Jepun menggunakan frasa "Peristiwa Shina" dalam dokumen-dokumen rasminya kerana perkataan Shina dianggap sebagai perkataan menghina oleh China, media-media di Jepun sering memparafrasakannya dengan ungkapan-ungkapan lain seperti Peristiwa Jepun-China (日華事変 [Nikka Jihen], 日支事変 [Nisshi Jihen] yang digunakan oleh media sejak dari dekad 1930-an lagi.

Malah nama Perang China-Jepun Kedua biasanya tidak digunakan di Jepun kerana mengikut Jepun, perangnya dengan Empayar Qing (Perang China-Jepun Pertama; 日清戦争, Nisshin-Sensō) pada tahun 1894 langsung tidak berkait dengan perang ini.